Thursday, February 12, 2009

4 PeRkArA

Telah bersabda Nabi S.A.W
“ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah….. akal, agama, malu dan amal soleh maka…..
1.Akal boleh hilang disebabkan marah.
2.Agama boeh hilang disebabkan dengki.
3.Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4.Amal soleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:
1.Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2.Para ahli waris akan menarik hartanya.
3.Ulat akan menarik tubuhnya.
4.Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALnya.

Dari Ali R.A yang bermaksud…
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1.Memberi maaf pada waktu marah.
2.Suka member pada waktu susah.
3.Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4.Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

No comments:

Post a Comment

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates
This template is brought to you by Blogger Templates