Wednesday, February 11, 2009

Muzik Malaysia vs. Indonesia, siapa pilihan kita?



Pagi tadi, selepas kuliah satu (1) jam untuk hari ini, aku berjalan ke makmal komputer untuk menyambung sedikit kerja-kerja yang tertangguh dek kekangan perisian yang hanya boleh di’gunakan di’makmal pusat pengajian. Universiti milik penuh kerajaan ini sangat daif dari segi kemudahan perisian kejuruteraan buat kami, tetapi mampu membina pintu masuk universiti yang dasyat. Lesen untuk menggunakan perisian MATLAB dengan fungsi Model Predictive Control hanya ada dua (2) untuk kegunaan seluruh universiti atau dengan lebih tepat untuk lebih 5,000 orang. Dan, pagi ini, makmal komputer pula penuh dengan pelajar Tahun 2, aku rasa’lah berdasarkan beberapa wajah yang familiar. Damn!

Aku berjalan keluar, dan memandang ke’bawah. Tertangguh lagi kerja aku. Dateline makin dekat. Makin menambahkan beban kepala, tangan aku secara tidak sengaja tertempek atas setompok tahi burung yang masih basah. Mencarut lagi aku. Tandas jauh, tangan aku dengan pantas menyambar suratkhabar yang entah datang dari mana untuk menyelesaikan palitan tahi ini. Sedikit berserakan kerana aku sedikit kabut.

Ketika aku mengutip kembali sisa-sisa kertas suratkhabar tersebut, aku terpandang satu headline yang mana frontman Search, Amy memberikan komplen terhadap ke’fanatik’an orang Malaysia dengan muzik dari luar, terutamanya Indonesia. Terima kasih tahi burung, kau berikan aku topik untuk aku tulis. Rasmi’nya, tahi burung bisa menjadi punca idea kita menulis entri, cuba’lah kejar burung-burung di’atas sana. Ha ha.

Radio pilih kasih, atau pilih kehendak peminat?

Amy Search mendakwa radio-radio di’Malaysia, terutamanya yang di’kendalikan oleh pihak swasta, banyak memberi pendedahan kepada muzik-muzik dari luar, Indonesia terutamanya. Menurut Amy, publisiti yang di’berikan oleh pihak radio kepada lagu-lagu luar banyak menyumbang kepada fenomena kesuraman industri muzik Malaysia sekarang. Radio-radio hanya mahu memainkan lagu dari luar tanpa mempedulikan periuk nasi artis-artis tempatan seperti Search.

Menjawab kepada persoalan ini, akhbar harian tersebut menemui 3 orang kuat stesyen radio popular di’Malaysia. Radio Era FM, HOT FM, dan Sinar FM. Era FM menegaskan, mereka memainkan lagu dari luar atas permintaan pendengar, bukan’nya kehendak mereka sendiri. Mereka hanya memenuhi permintaan peminat muzik Malaysia yang berminat untuk mendengar lagu-lagu dari luar. Mereka mendakwa, 80% dari jumlah harian lagu yang di’putarkan di’Malaysia masih hasil karya artis tempatan. Sinar FM bersetuju dengan kenyataan pihak Era FM. Seelan Paul dari HOT FM menyatakan, ini fenomena bermusim sepertimana yang pernah di’bawa oleh Bollywood suatu ketika dulu.

Sampai masa, ia akan berakhir. Ini semua adalah atas kehendak peminat & kami hanya memainkan apa yang mereka mahu. Dan, dalam masa yang sama, tidak meninggalkan artis-artis tempatan. - Seelan Paul, HOT FM

Kata aku…

Amy Search bukan sekali dua tampil memberikan komplen serupa begini di media massa. Sudah banyak kali aku dengar masalah Amy Search ni dengan artis-artis & lagu dari Indonesia. Tak payah la berkias-kias Amy Search, katakan sahaja komplen kau memang di’tujukan buat penggiat muzik Indonesia. Artikel dalam akhbar yang aku baca bertarikh 2 minggu lalu menyatakan seolah-olah fenomena kebanjiran lagu asing sangat tenat. Untuk melihat situasi dengan lebih dekat, aku menjenguk ke carta lagu tempatan yang di’kendalikan oleh Era FM dan HOT FM.

Dari sepuluh (10) lagu yang menduduki carta Top 10 radio Era FM, hanya ada satu sahaja artis dari Indonesia iaitu The Lima, itupun dengan lagu Separuh Masa, ciptaan Edry KRU, masih ciptaan anak tempatan. Tidak’lah terlalu dominan lagu Indonesia dalam carta lagu kegemaran Malaysia.

Sekarang, kita lihat pula kepada carta Top 10 radio HOT FM, yang pernah di’label sebagai radio lagu-lagu Indonesia. The Lima masih ada sebagai salah sebuah lagu kegemaran ramai bersama-sama Ungu dengan lagu Kekasih Gelap’ku. Sekarang kira’kan berapa peratusan artis Indonesia yang mendominasi carta Top 10 Malaysia? Apa sebenar’nya yang di’bisingkan oleh Amy Search? Owh.. Lagu Search tiada dalam senarai.

Solusi

Petang tadi di’dalam kereta, aku mendengar lagu terbaru dendangan Ramlah Ram. Ya! Ramlah Ram membuat comeback dengan lagu baru. Aku lupa tajuk lagu tersebut, tetapi aku rasakan ada unsur-unsur muzik Malaysia yang tipikal dalam lagu baru tersebut. Lagu tersebut kedengaran seperti sekeping piring hitam yang cuba di’mainkan dengan iPod Touch. Come on, keluar’lah dengan idea-idea baru. Lagu-lagu Indonesia bisa berjaya tembus pasaran Malaysia kerana mereka ada formula baru untuk muzik mereka. Walaupun semakin hari semakin tepu irama mereka, tetapi mereka telah berjaya. Search pernah menjadi inspirasi band-band Indonesia sekarang seperti Samsons, tetapi adakah muzik mereka kedengaran seperti Seacrh? Keluar dengan idea baru, itu sahaja yang rakyat Malasyia perlukan.

Dan, aku tak faham kenapa lagu Hai dari Adam boleh menjadi juara carta Era FM, senikata lagu yang haram tak bermotif + susunan lagu yang berterabur. Aku bukan pakar muzik, tapi aku seorang pendengar. Mengkritik adalah kerja seorang pendengar selain memuatturun mp3 secara haram. Ha ha.

1 comment:

  1. Heol, sejak kapan samsons menjadikan search sebagai inspirasi. You dreaming

    ReplyDelete

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates
This template is brought to you by Blogger Templates