Showing posts with label mOtIvATe. Show all posts
Showing posts with label mOtIvATe. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

NiAt kEmAjLiS iLmU

Alhamdulillah.. kami baru selesai kelas riadus solihin ust hanafi hasin.. kali ke-3 setakat ini.. dan i allah akan ditamatkan pada minggu depan, memandangkan kelas rasmi anjuran BPI PERUBATAN juga bakal ditamatkan minggu depan..Teringat saya pesanan Ust Hanafi mengenai kepentingan menghadiri serta mengajak sahabat lain untuk ke majlis ilmu seperti ini.. majlis yang disebut padanya nama Allah dan hadis2 Nabi s.a.w. yang bukan sekadar kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut baginda, tetapi cara hidup yang mesti diamalkan serta diserapkan ke dalam cara hidup kita sebagai seorang muslim..Kalau nak mengharapkan masuk syurga dengan pahala sendiri, memang tidak mencukupi.. cuba sedaya upaya hidup dengan pahala orang lain.. caranya tidak lain dan tidak bukan, adalah dengan mengajak saudara kita melakukan kebaikan bersama-sama kita.. seperti mana disebutkan oleh baginda s.a.w: "Barangsiapa yang menunjukkan satu amalan baik, maka baginya ganjarannya dan ganjaran mereka yang mengikuti perbuatan baik tersebut tanpa dikurangkan pahala mereka sedikit pun..."Datang ke majlis ilmu pula, perlulah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Ada yang datang ke kelas2 pengajian agama kerana ingin bertemu rakan2.. ada yang datang kerana hendak makan selepas kelas.. ada yang datang kerana jawatan yang disandang..Apa pun niat anda, Allah akan memberi ganjaran berdasarkan apa yang diniatkan.. Jaga-jaga dengan niat.. jangan sampai kita tergolong dalam golongan mereka yang mensyirikkan Allah, walaupun dgn syirik khafi (syirik ringan/kecil)..Berkenaan hal ini, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada memberi sedikit tips untuk mengetahui, adakah kita ikhlas dalam beramal atau tidak di dalam sebuah kitab beliau, An-Niat Wa Al-Ikhlas..Antaranya, amalan kita tetap sama, sama ada ketika menjadi ketua, ataupun menjadi orang bawahan.. sebagai contoh, seorang yang ikhlas dalam menuntut ilmu itu akan tetap menghadiri kelas pengajian agama, sama ada ketika dirinya menjawat jawatan AJK Biro Pembangunan Insan, ataupun ketika dirinya sudah tidak lagi menjawat jawatan tersebut..Jika kita hanya bersemangat datang ke majlis ilmu ketika kita memegang jawatan tersebut sahaja, dan menjadi malas serta merta setelah tamat jawatan, ertinya kita belum mencapai tahap ikhlas yang dikehendaki..Semoga Allah bantu kita untuk beramal dan ikhlas dalam beramal.. (^_~)

Thursday, February 12, 2009

SabaR

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)

Sesungguhnya Allah menjadikan dunia bukan sebagai tempat pembalasan ( pahala atau siksa), bukan pula sebagai tempat memutuskan sesuatu perkara, akan tetapi Allah menjadikan dunia sebagai tempat untuk membersihkan diri, tempat ujian dan cobaan. Peralihan dari satu waktu ke waktu adalah merupakan rangkaian cobaan hidup yang sambung menyambung. Lepas dari satu cobaan, muncul lagi cobaan hidup yang lain. Adanya cobaan bagi ahli iman mengandung tujuan dan hikmah yang banyak, di antaranya ialah:

Untuk membersihkan barisan mukminin dari mereka yang hanya mengaku-mengaku beriman. Dalam keadaan damai dan tentram, yang baik dan yang buruk berbaur. Dengan adanya ujian akan tampak siapa yang ikhlas setia dan yang tidak, seperti terujinya emas murni dan emas imitasi melalui pembakaran. Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an : “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak akan diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yang dusta”(QS Al Ankabut:2 - 3).

Mendidik kaum beriman dan menjernihkan hati mereka. Mereka akan menjadi matang melalui ujian, seperti matangnya makanan dengan api.

Meningkatkan kedudukan orang-orang beriman di sisi Allah SWT.Dengan ujian Allah meningkatkan derajat mereka, melipatgandakan pahala mereka, dan menghapus dosa - dosanya. Tiap manusia tidak luput dari dosa karena mereka bukan malaikat yang suci. Tidak ada orang yang maksum dari dosa kecuali para Nabi. Karunia rahmat Allah SWT bagi manusia sehingga mereka diuji untuk menghapus dosa - dosa mereka yang terbukti bersabar dan berjuang karena Allah semata. Sabda Rasulullaah SAW: “Tidaklah seorang muslim menderita karena kesedihan, kedudukan, kesusahan , kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa - dosanya.”

Untuk mengatasi segala ujian dan cobaan ini, tatkala mendekati usia baligh manusia diberi dua kekuatan oleh Allah SWT. Kekuatan pertama ialah kekuatan hidayah untuk mengetahui kebenaran-kebenaran secara tepat dan akurat, sedangkan kekuatan kedua adalah sabar. Kekuatan kedua merupakan pelengkap bagi kekuatan pertama yang akan membantu dan menopangnya dalam menghadapi perang melawan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Dikatakan bahwa sabar adalah perilaku utama yang dengannya orang tercegah dari berbuat hal - hal yang buruk dan tidak baik. Ia merupakan suatu kekuatan jiwa yang dengannya segala perkara menjadi maslahat dan baik. Arti sabar menurut bahasa ialah ‘mencegah’ dan ‘menahan’, sedangkan lawannya ialah ‘keluh kesah’ dan ‘gelisah’. Sabar merupakan pegangan seorang mukmin dalam gerak langkahnya. Sabar yang terpuji dalam Al-Qur’an ialah karena Allah dan bukan untuk memperoleh pujian atau tanda jasa dari manusia. “Dan untuk Rabbmu hendaklah kamu bersabar” (QS Al Muddatsir: 7)

3 Tips Menjadi Individu Menarik

Disini saya ingin berkongsi 5 tips untuk menjadi individu yang menarik..

Untuk melatih diri supaya menjadi individu menarik, Anda cuma perlu…
1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.
2. Relaks, Be In Control.Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.
Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Hani Mohsin atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .
Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.
3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.Selalu tak Anda tengok David Beckham?
Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!
Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!
Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.

4 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4 PeRkArA

Telah bersabda Nabi S.A.W
“ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah….. akal, agama, malu dan amal soleh maka…..
1.Akal boleh hilang disebabkan marah.
2.Agama boeh hilang disebabkan dengki.
3.Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4.Amal soleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:
1.Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2.Para ahli waris akan menarik hartanya.
3.Ulat akan menarik tubuhnya.
4.Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALnya.

Dari Ali R.A yang bermaksud…
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1.Memberi maaf pada waktu marah.
2.Suka member pada waktu susah.
3.Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4.Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates
This template is brought to you by Blogger Templates