Wednesday, February 18, 2009

Sederhana atau Seimbang?

Kebanyakan umat Islam pada hari ini menyangka bahawa 'Wasatiyah' memberi maksud 'Kesederhanaan'.. Kerana itulah mereka menterjemah ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 143 kepada:"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang sederhana supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."Maka umat Islam hari ini pun menjadi satu umat yang sederhana sahaja.. Sederhana dalam bidang ilmu.. Sederhana dalam bidang harta.. Sederhana dalam bidang pembangunan.. Sederhana dalam bidang politik.. Sederhana dalam bidang teknologi.. Sederhana dalam bidang ekonomi.. Seterusnya dikalahkan oleh bangsa dan agama lain dalam bidang keduniaan.. Lalu lahirlah umat Islam yang mundur dan tertutup pemikirannya..Perkataan 'Wasatiyah' sebenarnya perlu diterjemah kepada 'Seimbang', bukannya 'Sederhana'.. Maka ayat surah al-Baqarah ayat 143 sepatutnya perlu diterjemahkan kepada:"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang seimbang supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."Begitu juga dengan sebuah hadis yang berbunyi:'Khairul umuuri Ausatuha', perlu diterjemah kepada 'Sebaik-baik perkara adalah yang paling seimbang', bukannya 'sederhana'.Seimbang, tidak memberi maksud 'sederhana', sebaliknya bermaksud umat Islam perlulah menguasai semua bidang semaksimum mungkin, tetapi perlulah menyeimbangkan antara dunia dan akhirat..Maka dengan terjemahan ini, akan lahirlah umat Islam yang maju dalam bidang keduniaan, ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama maju dalam bidang keagamaan.. Barulah Islam akan lahir sebagai sebuah agama yang mantap umatnya dan cemerlang pemikirannya, seterusnya mampu menarik seluruh penduduk dunia untuk bernaung di bawah naungan Islam; bukannya sebaliknya..

No comments:

Post a Comment

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates
This template is brought to you by Blogger Templates