Wednesday, April 8, 2009

PantUN TaK daPat PuNYeR

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan cik adik makan,
Kenapa abang meminang adik tak mahu?

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan memang la adik makan,
Nak meminang cukup ke duit dalam tabung tu.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Kerana cik adik abang sanggup mati,
Kalau cinta adik abang tak dapat.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,

Cik abang nak mati pergilah mati,
Banyak jantan lain cik adik boleh dapat.

Pecah kaca pecah gelas,
Cik adik ni memang hampeh!

Kura-kura dalam perahu,
PEGI MAMPOS LA LU!!!

No comments:

Post a Comment

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates
This template is brought to you by Blogger Templates